Followers
Friday, 22 June 2012
Thursday, 21 June 2012
PUNCA-PUNCA BABY MENANGIS ATAU TERJAGA MALAM
Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman bagaimana ingin menguruskan anak2 kita jika ia menangis disini ada sedikit tip2 untuk mengetahui punca2 baby menangis... semoga panduan disini dapat membantu ibu2 baru terutamanya....
PUNCA-PUNCA BABY MENANGIS ATAU TERJAGA MALAM
1) Baby lapar
- Perkara pertama yang menjadi kebiasaan baby menangis ialah dia lapar dan perlukan makanan, jadi kepada ibu perkara pertama yang anda harus lakukan ialah berikan baby susu.
2) pampers basah
- Kalau baby nangis anda bagi susu pun dia tak nak, perkara seterusnya yang anda lakukan ialah tengok pampers baby anda kalau ada apa tunggu lagi cepat-cepat ler tukar pampers tu ok..tu tandanya dia x selesa apabila pampers basah...
3) Baby perlukan belaian manja
- Kebanyakan baby perlukan belaian manja terutama daripada maknya sendiri..,anda haruslah mendodoikan anak anda ataupun mengusap perut atau kepalanya sambil berborak. Baby sebenarnya cuba berkomunikasi dengan anda..,tapi dia tak reti sebab tu dia nangis..('',)
4) Baby tak selesa
- Perkara ini lain baby lain perangainya..,tetapi ada segelintir baby perlukan keselesaan dari segi tempat sunyi dan tidak bising. Selain itu faktor suhu bilik atau kawasan juga main peranan penting untuk baby anda., pastikan baby anda selesa dengan suhu yang sesuai tidak terlalu sejuk dan terlalu panas.
5) Baby kembung perut
- Perkara biasa yang dialami oleh baby yang baru lahir ialah kembung perut.., bila baby kembung perut peratus dia menangis tanpa henti sangat tinggi., apa yang perlu anda buat ialah tenangkan baby anda dengan pelbagai cara antaranya usap perut,tapak kaki dan bahagian betis dia dengan minyak yang sesuai.
CADAR BOLA 2012
Cadar yang di datangkan khas untuk peminat2 bola. anda boleh pilih cadar pasukan pilihan anda di sini,,, buktikan anda betul2 support pasukan pilhan dgn beli cadar, TENGOK BOLA,TIDUR ATAS CADAR BOLA,MINUM COCA-COLA hehehhehe... jom shoping dulu jap...
Terdapat 4 pilihan pasukan.. kesemuanya pasukan Liga perdana Inggeris
- CHELSEA.. the Blues
- LIVERPOOL.... @ the REDS
- ARSENAL @ THE GUNNERS
- MANCHESTER UNITED @ RED DEVILS
setiap pasukan di datangkan dengan cadar bersaiz Queen & single.... dan bagi setiap saiz tersebut anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan cadar + comforter atau pun cadar sahaja..( tidak mempunyai comforter )
CADAR QUEEN FITTED + COMFORTER
Cadar Queen fitted + comforter RM100 termasuk caj pos sementara stok masih ada
kandungan set:
- 4 sarung bantal
- 1 sarung bantal peluk
- 1 comforter

![]() |
Add caption |
Wednesday, 20 June 2012
EKSKLUSIF 2012.. CADAR KOD CRE ** KINI OFFER... KING : RM 260, QUEEN RM 220
** KINI , OFFER : KING : RM 260 QUEEN :
RM 220 HARGA ASAL: RM 980( KING) dan 880 (QUEEN) EKSKLUSIF UTK
2012 SET CADAR BEROPOL + COMFORTER 100% COTTON dgn 350
thread counts
set kandungan:
- 1 helai cadar queen / king beropol
- 4 sarung bantal
- 1 helai sarung bantal peluk
- 1 comforter
![]() |
![]() | |
![]() |
Add caption |
![]() |
Add caption |
PUDING ROTI MARBLE
Saya buat masa jamuan anak kat sekolah hari tu,,,, kalau nak buat pencuci mulut untuk kenduri-kendara memang sesuai sangat, lg pun ia senang dan cepat disediakan.rasanya pun sangat sedap.. kalau nak tengok resipi boleh tgk kat bawah ni ya...
Bahan-bahan ( satu loyang )
- 8 keping roti
- 3 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 240 ml susu cair
- 16gram serbuk agar2
- 1cawan gula - bleh kurangkn
- 4 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 7 cawan air = guna cwn biasa 230ml.
- 4 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
- pewarna
Cara-cara
- Didihkan 6 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2, 1 lg pewarna merah.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.
KEK GULA HANGUS
Kawan2 yang nak resipi kek blh tgk kat bawah ya, ada setengah orang pangil kek gula hangus ada juga yg panggil kek sarang semut sebab kek yg berlubang macam sarang semut gitu hheehehhe..
Dah banyak kali buat kek ni memang sedap sangat,

Dah banyak kali buat kek ni memang sedap sangat,
Bahan-bahan
- 2 cawan gula
- 2 cawan air panas
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan susu pekat
- 4 camt soda bikarbonat
- 8 biji telur
- 4 camb mentega
Cara-cara
- Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
- Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
- Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
- Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
- Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
- Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
- Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
- Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
- Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
Boleh la cuba buat kek ni memang x nyesal la...
Tuesday, 19 June 2012
PENGENALAN
Saya membuat blog ini kerana saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang resipi, perniagaan online, pengalaman hidup saya dan sebagainya...
Saya mempunyai 3 orang anak. yang sulung girl dah 6 tahun, ke2 boy 2thn lebih dan yang ke3 boy juga baru 4 bulan lebih.. sejak ada baby ni dah jarang masak pelbagai jenis resipi huhuhu... tp kadang2 tu curi juga masa nak masak resipi2 baru yg ambik dr blog masakan... nanti saya akan upload gambarnya ekk..

Subscribe to:
Posts (Atom)